Monday 24 March 2008

keadaan manusia sebelum kedatangan islam

Pada zaman ini, bangsa Arab telah jatuh ke tahap yang rendah. Mereka tenggelam dengan arak, perjudian dan penyembahan berhala. Anak-anak perempuan dianggap barangan yang memalukan dan mereka menanam bayi perempuan mereka hidup-hidup kerana takut mendapat malu.Wanita dalam masyarakat Arab pada ketika ini menjadi barangan yang boleh diwarisi seperti mana mereka mewarisi wang atau binatang ternakan. Seorang lelaki boleh mengahwini ramai wanita tanpa had, dan kadang kala mereka membunuh anak-anak sendiri kerana takut mereka akan menyebabkan kepapaan. Mereka juga mengkhususkan makanan tertentu untuk diri mereka dan melarang isteri-isteri dan anak-anak mereka memakannya.Perhambaan dan pengkhianatan adalah perkara biasa dalam masyarakat ini. Feudalisma kesukuan menjadi perkara biasa, dan pertempuran-pertempuran besar dilancarkan hanya disebabkan oleh perkara-perkara yang remeh seperti keputusan lumba kuda. Selama beberapa abad, rumah yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail di Mekah (Kaabah) telah dijadikan tempat berhala dan penyembahan berhala mereka. Ketika Nabi Muhammad SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM dilahirkan, terdapat 360 berhala yang telah dibina dan diletakkan di dalam dan di sekeliling Kaabah. Namun, suku-suku kaum di kawasan berdekatan telah menyelewengkan amalan haji yang diperkenalkan oleh Nabi Ibrahim kepada amalan penyembahan berhala di mana mereka berlari di sekeliling berhala-berhala ini dalam keadaan bertelanjang sambil bersiul dan bertepuk tangan. Penyembah-penyembah berhala Arab percaya akan Tuhan, tetapi mereka menganggapnya sebagai Tuhan "Tertinggi" dan perlu diwujudkan tuhan-tuhan "perantaraan" (berhala-berhala) yang bertindak sebagai orang tengah di antara mereka dengan Tuhan/Allah.

Monday 10 March 2008

keadaan manusia sebelum kedatangan islam

Agama sememangnya sangat penting dalam pembangunan manusia. tidak hanya relevan dalam kehidupan kerohanian(spiritually) sahaja. Agama mempunyai peranan yang menyeluruh dalam kehidupan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini.Amat ketara bezanya bagi orang yang berpegang dengan agama dengan yang hanya menggunakan akal fikiran semata-mata. Sebagai contoh masyarakat Arab sebelum dan sesudah Islam. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab ketika itu yang lebih dikenali sebagai masyarakat jahilliah hidup dalam keadaan berpuak-puak dan saling bermusuhan.hidup mereka seharian hanya diuruskan dengan kehendak hati dan akal fikiran semata-mata. Dan mereka tidak membangun sehinggalah kedatangan Islam yang dibawa oleh utusan Allah yang terakhir, Nabi Muhammad S.A.W. Tamadun Islam kemudiannya wujud dan membangun dengan berasaskan dan berpandukan agama Islam. Sesungguhnya agama sangat penting dan merupakan asas kepada pembangunan manusia. Dengan Agama berkembanglah ilmu keduniaan yang lain seperti ilmu sains, matematik, sejarah dan sebagainya. Dengan ilmu ini manusia menggunakannya untuk berkembang maju. Bermaksud pembangunan manusia hari ini adalah berasaskan agama dan bukannya berdasarkan akal fikiran semata-mata. Jelas bahawa agama adalah asas kepada pembangunan manusia dan tanpa agama maka pincanglah kehidupan manusia. Mungkin bukan pincang dari segi pembangunan yang ada sekarang, tapi mungkin akan pincang dari segi akidah, akhlak, moraliti, kerohanian, dan kepercayaan yang semua ini boleh membawa manusia ke alam jahilliah semula.